Thursday 19 January 2012

ApAkAh HuKuM sOLaT jUmAat?....

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

   Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir. 

   ingtlah wahai kaum adam..xsempurna ibadatmu tanpa mengerjakan solat jumaat..=)







Sunday 1 January 2012







bestnyer!..hehe..tgk coklat pom brair mulut2 doh!..sdpnyerr...tetibe rase rajin lak nk cte sal coklat..nie gara2 dk comment pic lam fb la nie..huhu..xcaya sgt org ckp khasiat coklat..heee......tau makan jer..hehe..sebenarnya aku pom copy paste lam tenet gak...hehe..baca jela..=)


  KELEBIHAN COKLAT

  Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.



   Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.


Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis
            serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan

 

Saturday 31 December 2011

2012 is coming...

   salam....bismilahirahmanirrahim...diam2 dah nak hbs thn 2011..kjap jer rasa kn??...pjm celik dah msk thn 2012..dan makin bertambah la setahun umor kite an...hehe..dh tua la,huhu law kawen da 2 org ank kot...tp nk wt cmne jdoh xsmpai ag kan..heeee..smua org nk kawen..lau da yg xnak 2 memg xnormal la 2..hahaha( oppss! jgn mrh akak..gurau2 jer)..
  Lau sbt jer taOn bru msti dok pkr sal azam bru kn??..azam taOn lps pom xt'capai ag..huhu..=p..tp idup ni kne la ada azam kan,law x cmne nk b'jaya..pape pom azam korg,harap2 smuanye t'cpai la kn..insyaallah..tp jgn b'azam jer,law xbuat memg r xt'capai..btul x??..
   otey, stkt 2 je lah akak dpt share..huhu..law gtaw azam akak kt cnie malu lak t org taw..hehe..biarlah rahsia~..SELAMAT MENYAMBUT 2012..semoga 2012 lbh bererti buat kita semua..insyaalah..

Tuesday 27 December 2011

~Mimpi.....

  Salam...mlm msh muda,n time aku rjn nie la lau nak update blog pom..hehe..aku nk share kat korg sal mimpi..=)..mesti korg smua pom pnh mmpi kan?..kalo xpnh mimpi 2 memang aneh la..huhu..

   mimpi nie da mcm2 jenis kn? antaranya..

~Mimpi dari Allah, bermakna ia  adalah mimpi yg membawa kebaikan.mimpi baik ini ialah mimpi yg m'yenangkn hati,mimpi melihat kekuasaan Allah,mimpi b'temu dgn rasulullah s.a.w. dan lain2 mimpi yg m'bawa kebaikan.Selain itu mimpi dr Allah jga m'rupakn hidayah..sebagai cnth,m'dpt mimpi yg sgt ngeri spt melihat azab kubur,azab mereka yg meninggalkn suruhan Allah,dan lain2..Walaupun mimpi ini ngeri,sebenarnya ia merupakan peringatan dr Allah supaya org yg menerima mimpi itu bertaubat dan kembali semula ke jalan Allah..

~Mimpi dari syaitan, mimpi yg mengerikan.mimpi itu membuatkn kita takut dan akan berasa letih bila bangun dr tdur.mimpi ini sebenarnya gangguan syaitan supaya kita berasa sedih dan tidak selesa semasa tdur...Apabila m'dpt mmpi ini,seseorg perlulah beristighfar.

~Mimpi angan-angan@mimpi yg berkaitan dgn apa yg berlaku kpd diri org yg b'mimpi.Mimpi ini hanyalah mimpi biasa.Apabila sebelum tidur,seseorg berilusi ttg sesuatu,ia akan t'bawa kedlm mmpi.Mimpi ini tdk membawa makna,ia hanyalah pengembaraan semasa tidur..

Adab-adab sekiranya dpt mmpi baik
  • hendaklah mengucapkan Alhamdulillah dan memuji Allah.
  • mengkhabarkan kpd mereka yg menyayangi anda,bkn org yg memusuhi anda.
Adab-adab sekiranya memdapat mimpi buruk
  • hendaklah mengucapkan A'uzubillah dan memohon perlindungan dr sebarang kejahatan mimpi itu.
  • hendak mengucapkan istigfar.
  • tukar posisi tidur,dr kanan kekiri @ sebaliknya.bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambar2 yg terdpt dlm mimpi.
  • bangun dan terus bersolat.
  • jgn menghebahkan kpd org ramai.
p/s~ jgn lupa bca doa n bsh kaki sblm tdo taw...=)


   

Monday 26 December 2011

"Tafsiran Tahi Lalat"..fakta atau mitos??

 Salam..jom buat tafsiran sal tahi lalat..sape da tahi lalat sila baca yerr,yg xda xbley bca tau..huhuhu..=)

   Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat.
  • bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
  • bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
  • bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
  • bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
  • leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
  • leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • leher di tengah tercapai cita-cita
  • biji mata kanan suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
  • hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
  • hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
  • punggung kanan agak mengalami kesulitan
  • punggung kiri malas dan suka duduk
  • betis kanan suka berhibur, boros
  • betis kiri rajin,tidak suka menganggur
  • lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  • lutut kiri kurang kuat berusaha
  • kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
  • kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
  • kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
  • kening kanan cerdas dan cekap
  • kening kiri cerdas, sopan santun
  • tengah kening keras hati, berani segala hal
  • hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
  • hujung mulut kiri suka berpoya-poya
  • ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
  • ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
  • pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
  • pergelangan kaki kiri kehendak kuat
  • batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung banyak rezeki
  • dagu bawah kanan jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
  • kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
  • di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
  • tumit kanan jujur dan banyak kawan
  • tumit kiri baik budi
  • alis kanan suka menolong, baik hati
  • alis kiri ramai yang suka
  • pangkal peha kanan kemahuan kuat
  • pangkal peha kiri suka kerja apa pun
  • telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
  • jari kaki kanan suka menolong
  • jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
  • bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  • bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
  • buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
  • lengan kanan setia dan taat pada atasan
  • lengan kiri menepati janji dan rajin
  • pipi kanan ramai teman
  • tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
  • tengah-tengah pipi kiri ramai teman
  • ubun-ubun kurang jujur
  • pusat cerdas, tangkas, tekun
  • pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
  • pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
  • pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
  • pinggang kiri disayang pasangan hidup
  • dada kanan dapat mengatasi masalah
  • dada kiri berani, jujur dan sabar
  • telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
  • telapak kaki kiri baik budi pekertinya
  • siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
  • siku tangan kiri baik hati, suka menolong
  • jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
  • jari tangan kiri serba baik bekerja
  • jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
  • jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
  • pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
  • pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
  • perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
  • perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
  • sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
  • sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
  • pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
  • pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
  • kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
  • kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
  • kelopak mata kanan bawah agak malas
  • kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana
p/s~.  Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu, ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.=)

Thursday 22 December 2011

~1O Cara Rasulullah Berkasih Sayang..

    Salam..nk kongsi yg sy bca xd nie..heee..tp ni sesuai utk diamalkan bg org da kawen jer taw...=)..tp yg xkawen ag 2 xsalah law nk ambik taw pom..nt bla da kawen leh amalkan..=)..

    Sedarkah kita bahawa romantik adalah salah satu dr sunnah Nabi Muhammad s.a.w??...Walaupun Baginda seorg pemimpin yg disegani,ttp bila b'sama isteri,baginda adalah seorg suami yg sgt romantik..sifat ini ditunjukkan oleh Rasulullah b'tujuan mengajar kita bagaimana mahu m'bina keluarga yg harmoni sesuai utk djdkn syurga dunia..
 
    Contohilah cara bgaimna Rasulullah s.a.w mengeksperikan kasih syg t'hdp isteri2 baginda..

  1.  Tidur dlm satu selimut bersama isteri ~hadis ini dipetik drpd Atha' bin Yasar.katanya sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah mandi bersama2 dlm satu benjana.Ketika beliau berada dlm satu selimut yg sama dgn Aisyah,tiba2 Aisyah bangkit. Baginda kemudian b'tnya "mengapa engkau bangkit?" jawabnya "kerana saya haid,wahai rasulullah". sabda Rasulullah' "kalau begitu,pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku. Aisyah pun masuk,lalu berselimut bersama baginda." (hadis riwayat sa'id bin manshur).
  2. Memakai wangi-wangian~ Aisyah berkata. "sesungguhnya rasulullah apabila meminyaki badanya,baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dgn nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyaki bahagian lain seluruh tubuhnya". (hadis riwayat Ibnu Majah).
  3. Mandi bersama isteri~ drpd Aisyah,beliau b'kata " aku biasa mandi bersama dgn Nabi dgn satu benjana.kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (dlm benjana)".(hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
  4. Menyikat rambut suami~drpd Aisyah,beliau berkata "saya biasa menyikatkan rambut rasulullah. Saat itu saya sedang haid".( hadis riwayat Ahmad)
  5. Membantu isteri didapur~ setiap kali baginda pulang kerumah dan didapati tiada makanan yg sudah siap dimasak,sambil senyum baginda menyising lengan baju dan menolong isterinya di dapur.
  6. Minum bergantian pada tempat yg sama~ drpd Aisyah,beliau berkata "saya biasa minum air drpd cawan yg sama ketika haid,lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya pd tempat yg sama.Lalu baginda minum.Kemudian saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya drpd saya,lalu baginda pun menghirupnya( hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'is bin Manshur).
  7. Membelai isteri~ dlm hadis diceritakan "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorg demi seorg.baginda memehampiri dan membelai kami dgn tidak mencampuri hingga baginda menggilirkan waktunya lalu baginda bermalam ditempatnya".(hadis riwayat Ahmad)
  8. Tidur dipangkuan isteri~ drpd Aisyah,beliau berkata "Nabi biasa meletakkan kepalanya dipangkuan walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran".(hadis riwayat Abburrazaq).
  9. Memanggil dgn kata-kata mesra~ Rasulullah biasa memanggil Aisyah dgn beberapa panggilan yg disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima)
  10. Berjalan berpengan tangan~ Rasulullah pernah bersabda, "Apabila pasangan suami isteri berpengangan tangan,dosa-dosa akan keluar dari celah jari mereka". Rasulullah juga selalu berpengangan tangan bersama Aisyah sewaktu berada di dalam rumah.Selain itu,baginda sering memotong kuku isteri-isterinya.
sekian..fuhh penat taip..=)





Sunday 4 December 2011

KeLeBiHaN pUaSa SuNaT 10 mUhArrAm..=)

   ESOK Selasa (06 disember 2011) adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram mengikut kalender Islam. Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Namun, ada kelebihan pada hari tertentu di mana kita digalakkan mengamalkan ibadat sunat. ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal pada Muharram. Antaranya berpuasa sunat pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan Hari Asyura.

   BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram yang menunjukkan kebesaran Allah.

ANTARA PERISTIWA 10 MUHARRAM 
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. 
* Nabi Isa diangkat ke langit 
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya 
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. * Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud. 
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
* Hari pertama Allah menciptakan alam. 
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
* Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
* Allah menjadikan Arasy. 
* Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
* Allah menjadikan alam. 
* Allah menjadikan malaikat Jibrail.