Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang
ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan
ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki
Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah,
hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat
lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang
tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah
seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa
pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak
melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah
menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika
ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga
orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika
dalam keadaan bermusafir.
ingtlah wahai kaum adam..xsempurna ibadatmu tanpa mengerjakan solat jumaat..=)
No comments:
Post a Comment